Peta Lokasi :: Laman Arkib Berita PPDKB
Kemaskini Terakhir : Khamis, 09 Septembet 2010
 
Arkib Berita


BERITA SEMUA UNIT (SEPANJANG TAHUN 2005 - 2010)

Bulan : [ Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogos | Sept | Okt | Nov | Dis | Semua ]

PENUKARAN ALAMAT URL EMIS ONLINE & EMIS PORTAL
06 September 2010 : Makluman kepada semua Guru Data dalam PPD Kota Bharu. Sukacita dimaklumkan bahawa alamat URL Aplikasi EMIS ONLINE telah ditukar ke alamat ini http://emisonline.moe.gov.my. Sila kemaskini data dan pohon sebarkan kepada rakan-rakan GDM yang lain. Sebarang kesulitan sila hubungi Md Zahari 09-7418131 // 013-9339414. Terima Kasih.
Berita Dari Unit Maklumat (ICT)

BORANG TUNTUTAN PERJALANAN BARU MULAI 8/2010
01 September 2010 : Semua pegawai dan staff di PPDKB serta sekolah-sekolah di bawah pengurusan PPDKB hendaklah menggunakan Borang Tuntutan Perjalanan (TNT) yang terkini bermula tuntutan Ogos (8) 2010. Borang TNT tersebut boleh didapati di sudut muat turun.Sekian, harap maklum..
Berita Dari Unit Kewangan

SEMAKAN DATA OPMEN SELARAS ABM2010 31.07.2010
30 Ogos 2010 : Ad-Hoc. Makluman kepada semua Guru Data Sek Menengah Harian. Sila hadir ke ppd pada ketetapan berikut : Tarikh 01 Sept 2010, Masa : 9 pagi, Tempat : Bilik Mesy Aras 2 // Sila bawa laptop, wayar penyambung, semua maklumat tentang opmen. Kehadiran adalah wajib. Pohon sebarkan kepada rakan-rakan GDM yang lain. Sebarang kesulitan sila hubungi Md Zahari 09-7418131 // 013-9339414. Terima Kasih.
Berita Dari Unit Maklumat (ICT)

BAHAN OPMEN UTK GDM SEK MEN HARIAN
29 Ogos 2010 : Makluman kepada semua guru data sekolah menengah harian ppdkb. Sila download bahan di atas. Sebarang masalah hubungi Md Zahari Unit ICT di talian 09-7418131 / 013-9339414. Terima kasih.
Berita Dari Unit Maklumat (ICT)

MAJLIS BERBUKA PUASA
29 Ogos 2010 : Majlis Berbuka Puasa YBhg Dato'Haji Mohd Fatmi bin Haji Che Salleh bersama Pengarah Pelajaran Kelantan akan diadakan sebagaimana berikut:- Tarikh:29 Ogos 2010 Tempat:Ballroom Tingkat 3, Hotel New Pacific, Kota Bharu,Kelantan. Semua Pegawai & Staff Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu dijemput hadir ke majlis tersebut.
Berita Dari PPD Kota Bharu

TAKLIMAT KEMASUKAN MARKAH K/KURSUS PMR 2010
18 Julai 2010 : Taklimat kemasukan Markah Kerja Kursus PMR 2010 kepada semua SUP Sekolah / Institusi Pendidikan dalam Daerah Kota Bharu akan diadakan sebagaimana berikut : TARIKH : 25 JULAI 2010 - AHAD. MASA : 8.00 pg - 2.00 ptg. TEMPAT : Dewan Utama, PPD K/Bharu. Perkara yang perlu dibawa bersama ialah : Lap Top mengandungi Prog Microsoft Office 2003, External Drive A, Extension Wire dan set contoh markah k/kursus setiap m/pelajaran. T/Kasih
Berita Dari Unit Peperiksaan

TAKLIMAT PENDAFTARAN PTK SESSI OKTOBER 2010
18 Julai 2010 : TAKLIMAT PENDAFTARAN PTK SESSI OKTOBER 2010 akan diadakan pada 22 JULAI 2010, Jam 2.30 ptg di Dewan Wawasan PPD Kota Bharu .Seorang Guru Data (sekolah / Institusi) dan SU PTK (Agensi) di bawah PPD K/Bharu WAJIB hadir. Surat panggilan akan menyusul. Sila pastikan bahan-bahan berikut dibawa bersama semasa menghadiri taklimat :Komputer Riba (Lap Top) dengan program Emis tersedia bagi SM dan SR dan Wire Extension. TKasih
Berita Dari Unit Peperiksaan

KURSUS KONFIGURASI RANGKAIAN & SERVER
29 Jun 2010 : Kursus Konfigurasi Rangkaian & Server bagi Projek NaikTaraf Rangkaian PPD Kota Bharu di Pulau Perhentian(29-1Jul2010)
Berita Dari Unit Maklumat (ICT)

KUTIPAN PERDANA EMIS 30 JUN 2010
21 Jun 2010 : Kepada semua Guru Data. Diminta bersiap sedia mengemaskini data sekolah untuk kutipan perdana 30 Jun 2010 EMIS yang akan dijalankan. Tarikh akhir kemaskini data adalah pada 11 Julai 2010.
Berita Dari Unit Maklumat (ICT)

PEPERIKSAAN SPM(U) - JUN 2010
20 Jun 2010 : MAKLUMAN : Peperiksaan SPM(U) akan berlangsung pada 22hb - 23 hb JUN 2010. Sekolah-sekolah dalam PPD Kota Bharu yang terlibat sebagai pusat adalah spt berikut : SMK Ismail Petra, SMK Putera, SMK Zainab 1, Maktab Sultan Ismail dan SMK Dato Ahmad Maher. Kepada semua calon yang terlibat, SILA PASTIKAN anda berada di pusat yang betul. TKasih.
Berita Dari Unit Peperiksaan

HEAD COUNT SEKOLAH(HC3)
17 Jun 2010 : Sila muaturun fail"Head Count" sekolah versi terkini.Sebarang pertanyaan sila hubungi Tn.Hj Mohamed Bin Jusoh,Pen.Pegawai Pelj.Daerah Peng.Kemanusiaan-PPD K/Bharu.
Berita Dari Unit Kurikulum

BENGKEL BAIKPULIH KOMPUTER FASA 1
17 Jun 2010 : Unit ICT PPD Kota Bharu dengan kerjasama Syarikat Databox(M) Sdn.Bhd. akan mengadakan Bengkel Baikpulih Komputer Fasa 1 pada 23 Jun 2010 di Unit ICT,PPD Kota Bharu.(Masa 9 Pagi- 5 Ptg.)
Berita Dari Unit Maklumat (ICT)

PENGISIAN SIT UNTUK SEKOLAH MENENGAH
13 Jun 2010 : Makluman kepada semua Guru Data dalam PPD KB, Satu taklimat/bengkel program pembangunan prestasi sekolah (School Improvement Programe-SIP) akan diadakan pada 17 Jun 2010 - Khamis - Jam 930 pagi - Bilik Mesyuarat Aras 2. Sila bawa bersama komputer riba, wayar penyambung dan internet broadband pada tarikh diatas. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En Md Zahari 013-9339414/09-7418131.
Berita Dari Unit Maklumat (ICT)

PENGISIAN SIT UNTUK SEKOLAH MENENGAH
10 Jun 2010 : Untuk makluman kepada semua Pengetua dalam PPD KB, Satu taklimat/bengkel program pembangunan prestasi sekolah (School Improvement Programe-SIP) akan diadakan pada 15 Jun 2010 - Selasa - Jam 930 pagi. Sila bawa bersama komputer riba, wayar penyambung dan internet broadband pada tarikh diatas. Pengisian Program ini adalah sangat penting dan merupakan kesinambungan daripada tawaran baru SKPM. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En Md Zahari 013-9339414/09-7418131.
Berita Dari Unit Maklumat (ICT)

MESYUARA KETUA-KETUA PANITIA P. ISLAM MENENGAH
03 Jun 2010 : Mesyuarat ini diadakan pada 2 Jun 2010 (Rabu) di Bilik Mesyuarat Aras 2 PPDKB. Mesyuarat dihadiri oleh seramai 39 orang KP PAI dari sekolah menengah KB (2 orang tidak hadir bersebab). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tn Hj Mohd Fakhrurazi b Hj Ab Rahim (Ketua Unit P.Islam) . Pengerusi mengucapkan tahniah kepada sekolah-sekolah yang telah mencapai kecemerlangan dalam P.Islam PMR/SPM tahun 2009 . Disamping membincangkan Post Mortem P.Islam PMR/SPM 2009 , pengerusi juga menjelaskan beberapa strategi kecemerlangan yang akan dilaksanankan untuk tahun 2010.
Berita Dari Unit P. Islam & Moral

PETUGAS PTK SESI JUN 2010 (RO & KP )
24 Mei 2010 : PERHATIAN / MAKLUMAN : Kepada semua PENYELIA KAWASAN (RO) dan KETUA PENGAWAS (KP) PTK Sesi JUN 2010 - Taklimat Pengurusan Peperiksaan akan diadakan sepertimana berikut : Tarikh - 30 MEI 2010 (Ahad), Masa - 02.30 ptg. Tempat - Aras 2, PPD Kota Bharu. Taklimat oleh KP kepada Pengawas akan diadakan pada 07 JUN 2010 di PUSAT PEPERIKSAAN PTK masing-masing yang telah ditentukan. Harap maklum. T/Kasih.
Berita Dari Unit Peperiksaan

PTK SESI JUN 2010
24 Mei 2010 : PERHATIAN KEPADA SEMUA CALON : Kepada calon PTK Sesi JUN 2010 dari luar PPD Kota Bharu yang bercadang untuk MENUMPANG @ BERPINDAH PUSAT PEPERIKSAAN ke mana-mana pusat dalam Daerah Kota Bharu, sila membuat permohonan dan mendapat kebenaran dari MPM terlebih dahulu. Tanpa adanya bukti kebenaran dari MPM, anda tidak dibenarkan menduduki peperiksaan oleh Ketua Pengawas. (Talian MPM : 03-61369663).Harap maklum.
Berita Dari Unit Peperiksaan

PENDAFTARAN MUET AT 2010
18 Mei 2010 : PERHATIAN : Pendaftaran Ujian MUET AT 2010 mula dibuka pada 17 MEI 2010 hingga 16 JUN 2010. Borang Pendaftaran boleh didapati di UPP PPD K/Bharu pada tarikh tersebut dan pendafataran yang dibuat selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan. Taklimat Pendaftaran kepada semua SUP MUET Sekolah / Institusi / Kolej / Yayasan dalam PPDKB telahpun diberi pada 17MEI 2010. Semoga dalam makluman semua calon yang bercadang untuk menduduki MUET AT 2010. TKasih
Berita Dari Unit Peperiksaan

PERTANDINGAN INOVATIF KARNIVAL MALAYSIA 2010
18 Mei 2010 : Kementerian Sains,Teknologi & Inovasi(MOSTI)menjemput pelajar sekolah rendah/menengah menyertai pertandingan tersebut.Borang permohonan boleh di dapati di laman web Malaysia Inovatif(www.malaysiainovatif.gov.my)Tarikh tutup permohonan pada 21 JUN 2010.
Berita Dari PPD Kota Bharu

KUTIPAN DATA OPMEN 30 APRIL
02 Mei 2010 : Dimaklumkan bahawa kutipan data opmen berakhir pada 30 April akan diadakan pada 9 Mei 2010, jam 2.30 petang di bilik mesyuarat aras 2 PPDKB. Diharapkan kepada guru data 34 sek. menengah harian bersedia untuk kutipan ini. Harap maklum. Terima kasih.
Berita Dari Unit Maklumat (ICT)

KEMASKINI EMIS ONLINE
02 Mei 2010 : PENTING kepada semua guru data PPDKB, sila kemaskini emis online. Kementerian Pelajaran Malaysia kini dalam usaha untuk melaksanakan pengauditan kemudahan fizikal di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Sehubungan dengan itu, EMIS Online digunakan sebagai instrumen untuk mendapatkan maklumat-maklumat tersebut. Beberapa modul yang terlibat untuk dikemaskini ialah : MENU SEKOLAH • Pengurusan Sekolah • Bangunan • Kuarters Guru • Kemudahan Sukan MENU ASRAMA • Bangunan • Kemudahan Sukan Pihak sekolah boleh memuat turun Surat Arahan Audit Infrastruktur beserta dengan manual pengemaskinian maklumat pada menu Fungsi Lain. Segala pengemaskinian data-data kemudahan fizikal di premis masing-masing perlu dilakukan sebelum atau pada 7 Mei 2010.
Berita Dari Unit Maklumat (ICT)

ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH TAHUN 2009
15 April 2010 : Perasmian disempurnakan oleh YABrs Tuan Haji Hussain Bin Awang,Pengarah Pelajaran Kelantan.
Berita Dari PPD Kota Bharu

TAKLIMAT PROGRAM PEMBANGUNAN PRESTASI SEKOLAH
11 April 2010 : Dimaklumkan kepada semua Guru Besar. Satu Taklimat / Bengkel Program Pembangunan Prestasi Sekolah (School Improvement Programme-SIP) peringkat PPD Kota Bharu. Tarikh : 14 April 2010 (Rabu) Jam : 2.30 Petang di Dewan Jelasin, SMK. Kota. Sekian, Terima Kasih.
Berita Dari PPD Kota Bharu

MESYUARAT GURU SUMBER TEKNIK & VOKASIONAL
04 April 2010 : Dimaklumkan bahawa satu mesyuarat akan diadakan sebagaimana berikut : Hari Rabu(7/04/2010)Masa :2.30 Petang di Bilik Mesyuarat Aras 2,PPD Kota Bharu.Mesyuarat ini akan membincangkan tindakikut keputusan peperiksaan PMR 2009 serta program peningkatan 2010.Sekian Terima kasih.
Berita Dari Unit Kurikulum

PENGISIAN RUMUSAN SKOR PENARAFAN KENDIRI SEKOLA
04 April 2010 : Makluman kepada semua Pengetua. Sila layari http://www.moe.gov.my/nkra/ Pengisian Rumusan Skor Penarafan Kendiri Sekolah berasaskan SKPM Oleh Pengetua secara online Dalam Laman Sesawang NKRA-Pendidikan. Tarikh BERMULA PADA 5 APRIL 2010 JAM 12:00 TENGAH HARI HINGGA 9 APRIL 2010.
Berita Dari PPD Kota Bharu

PENCALONAN PETUGAS PEPERIKSAAN AWAM 2010
16 Mac 2010 : UPP PPDKB sedang mengemaskini data / maklumat petugas peperiksaan 2010 bagi Daerah K/Bharu. Surat siaran PPDKB.1000/08/002(1) dan Borang Pencalonan telahpun diedar ke semua sekolah Daerah K/Bharu. Pohon kerjasama Pengetua/GBesar mencalonkan guru-guru dari sekolah masing-masing dan hantar ke UPP PPDKB sebelum @ pada 08 APRIL 2010. TKasih
Berita Dari Unit Peperiksaan

BORANG PERISTIHARAN HARTA 2010
15 Mac 2010 : Adalah dimaklumkan pihak Jabatan sedang mengumpul dokumen peristiharan harta setiap penjawat awam. Sila muat turun borang tersebut menerusi ruangan muat turun surat/borang dan bahan dibawah berita ini.
Berita Dari Unit Perkhidmatan

KAJIAN STATUS PENGGUNAAN TV SEKOLAH
12 Mac 2010 : Dimaklumkan bahawa ,Bahagian Teknologi Pendidikan,KPM (No.Ruj:KP(BTP-PENT)8800/44/2-2 Jld.5Bil.(18)sedang melaksanakan satu kajian keperluan dan keberkesanan terhadap penggunaan TV di sekolah-sekolah.Sehubungan itu,semua sekolah dikehendaki menjawab soalan-soalan secara atas talian(online) di dalam instrumen kajian yang boleh diakses melalui URL http://apps.moe.edu.my/spms.Sebarang pertanyaan,sila berhubung dengan pegawai di BTPN/PKG.
Berita Dari Unit Maklumat (ICT)

KEPUTUSAN SPM / STAM 2009
10 Mac 2010 : Seperti yg diumumkan oleh KPPM, keputusan SPM 2009 akan dikeluarkan pada 11 MAC 2010 (KHAMIS). Semua sekolah di bawah PPD Kota Bharu boleh mengambil keputusan tersebut dari Unit Penilaian & Peperiksaan PPDKB pada jam 10.00 pg. Bagi Keputusan STAM, sekolah-sekolah terlibat boleh mengambil terus dari SPP JPN Kel. TKasih
Berita Dari Unit Peperiksaan

MAKLUMAN : ANALISIS STPM 2009
02 Mac 2010 : Roster Analisis STPM 2009 Sekolah-sekolah Daerah K/Bharu boleh diambil di Unit Penilaian dan Peperiksaan PPDKB mulai sekarang. TKasih
Berita Dari Unit Peperiksaan

PENGUMPULAN DATA PMR 2010
02 Mac 2010 : Pengumpulan dan Pemurniaan Akhir Data Calon PMR 2010 Sekolah-sekolah Daerah K/Bharu akan diadakan sebagaimana berikut : Tarikh : 02 MAC 2010. Masa : 02.30 ptg. Tempat : Dewan Utama PPD K/Bharu.
Berita Dari Unit Peperiksaan

PENGUMPULAN DATA UPSR 2010
02 Mac 2010 : Pengumpulan dan Pemurniaan Akhir Data Calon UPSR 2010 Sekolah-sekolah Daerah K/Bharu akan diadakan sebagaimana berikut : Tarikh : 03 MAC 2010. Masa : 02.30 ptg. Tempat : Dewan Wawasan PPD K/Bharu.
Berita Dari Unit Peperiksaan

SIARAN PENJIMATAN 2010
25 Februari 2010 : Pihak sekolah diwajibkan untuk muat turun Siaran Penjimatan 2010 Bahagian 1-7 bagi "Langkah-Langkah Penjimatan dan Kawalan Dalaman Perbelanjaan Bagi Jabatan Pelajaran Kelantan, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah-Sekolah di Kelantan"
Berita Dari Unit Kewangan

PENDAFTARAN ONLINE CALON SPM 2010
23 Februari 2010 : MAKLUMAN : Pendaftaran Calon SPM 2010 secara online akan bermula pada 01 MAC hingga 31 MAC. Taklimat kepada SUP SPM Sekolah-sekolah Daerah K/Bharu berkaitan pendaftaran tersebut akan diadakan pada 28 FEBRUARI 2010 (Ahad) di Dewan Utama PPDKB , jam 2.30 ptg. TKasih.
Berita Dari Unit Peperiksaan

LAPORAN KEROSAKAN CAPAIAN 'INTERNET'
05 Februari 2010 : >>>sekolah yang menghadapi masalah capaian intenet hendaklah menghubungi terus Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri(BTPN)
Berita Dari Unit Maklumat (ICT)

SIARAN ABT LBGE (ULANGAN)
04 Februari 2010 : Kepada pihak sekolah yang tidak mendapat surat siaran Akaun Belum Terima (ABT) Bagi Bayaran Balik Gaji dan Emolumen (LBGE) 2010 pada bulan Januari yang lepas, anda boleh muat turun surat siaran tersebut beserta Lampiran A di Sudut Muat Turun. Maklum balas hendaklah dibuat dengan segera sebelum 11/02/2010. Kerjasama anda amat dihargai ^^
Berita Dari Unit Kewangan

KEMASKINI BORANG/LAMPIRAN
02 Februari 2010 : Pihak sekolah kini boleh muat turun Borang Tuntutan Elaun Basikal & Motosikal, Borang Pra LO dan Lampiran A [Borang Akaun Belum Terima(ABT)] untuk tahun 2010 di laman web PPD Kota Bharu ^^
Berita Dari Unit Kewangan

TAKLIMAT APLIKASI PENDAFTARAN PTK (JUN) 2010
02 Februari 2010 : TAKLIMAT APLIKASI PENDAFTARAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN (PTK) 2010 – Sesi JUN akan diadakan pada 11 FEBRUARI 2010, Jam 2.30 ptg di Dewan Utama PPD Kota Bharu .Seorang Guru Data (sekolah / Institusi) dan SU PTK (Agensi) di bawah PPD K/Bharu WAJIB hadir. Surat panggilan akan menyusul.Sila pastikan bahan-bahan berikut dibawa bersama semasa menghadiri taklimat :Komputer Riba (Lap Top) dengan program Emiss Versi 4.0 tersedia (bagi SM dan SR) dan Wire Extension. TKasih
Berita Dari Unit Peperiksaan

MESYUARAT QIT PANGKAL KALONG
02 Februari 2010 : Mesyuarat Guru Besar QIT Pangkal Kalong akan diadakan sebagaimana berikut; Tarikh: 03 Februari,2010 ; Masa: 11 pagi; Tempat : SK Kor.Kota Bharu.
Berita Dari PPD Kota Bharu

SURAT EDARAN PTK
01 Februari 2010 : PERMOHONAN MENDUDUKI PENILAIAN PTK DAN MENGULANG KOMPONEN PTK BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG48,DG52 DAN DG54, PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) GRED DGA34 DAN DGA38 SERTA ANGGOTA KHIDMAT SOKONGAN (AKS) GRED 26 SECARA ATAS TALIAN SESI 1 TAHUN 2010 (FAIL YANG PERLU DIMUAT TURUN LAMPIRAN PTK 1 -5)
Berita Dari Unit Perkhidmatan

BORANG PENGURUSAN ASET
29 Januari 2010 : Borang Kew PA 12 & Kew PA 8 sahaja perlu diisi oleh pihak sekolah dan dihantar "softcopy"dan "hardcopy" ke Unit Pembangunan (PPD Kota Bharu)dengan kadar segera.(Borang boleh di"download" di menu "muat turun".
Berita Dari Unit Pembangunan

TAKLIMAT PENGURUSAN JQAF
21 Januari 2010 : Satu taklimat pengurusan JQAF akan di adakan di dewan baru pada 21 Januari Jam 2.30 petang.Pihak sekolah dikehendaki menghantar seorang guru JQAF untuk menghadiri taklimat tersebut
Berita Dari Unit P. Islam & Moral

UPP PPDKBHARU - KALENDAR PEPERIKSAAN 2010
21 Januari 2010 : 1.UPSR Buka (26 Jan -25 Feb) Pep (21 – 23 Sep) 2.PMR Buka (4 Jan-26 Feb) Pep (5, 6, 7 Okt /11, 12 Okt) 3.SPM Buka (1 -31 Mac) Pep (22 Nov – 16 Dis) 4.SPM (U) Buka (1 -31 Mac) Pep (Jun / Jul) 5.STPM Buka (11 Jan- 4 Feb) Pep (22 Nov – 16 Dis) MUET PT Buka (11-28 Jan) Pep (24 Apr (Bertulis) 3–12 Mei (Speaking) 6.MUET AT Buka (17 Mei-16 Jun) Pep (12 – 20 Okt ( Speaking), 13 Nov ( Bertulis) 7.STAM Buka (28 Jan-28 Feb) Pep (18–27 Okt) 8.PTK JUN Buka (18 Feb-15 Mac) Pep (8–10 Jun) 9.PTK OKT Buka (22 Jul-5 Ogo) Pep (16 Okt) T/Kasih
Berita Dari Unit Peperiksaan

MESYUARAT PENGURUSAN PPD KOTA BHARU BIL 1/2010
20 Januari 2010 : Mesyuarat Pengurusan PPD Kota Bharu Bil 1/2010 akan diadakan pada 20 Januari 2010 . Agenda Mesyuarat; 1.Ucapan pengerusi 2.Perancangan Aktiviti 2010 3.Pengurusan PPD 4.Hal-Hal Lain Semua pegawai yang terlibat dijemput hadir. Sekian,Terima Kasih. Haji Che Ab Aziz Bin Haji Daud Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu
Berita Dari PPD Kota Bharu

MAKLUMAN: LAWATAN WARGA PPD PADANG TERAP
18 Januari 2010 : Warga PPD K/Bharu akan menyambut kedatangan rombongan dari PPD Padang Terap pada 18 JAN 2010, Jam 8.15 pg bertempat di pekarangan PPD KBharu. TKasih
Berita Dari Unit Peperiksaan

PENDAFTARAN CALON UPSR 2010
14 Januari 2010 : Pendaftaran calon UPSR 2010 secara 'ON-LINE' ditangguhkan, Sehubungan itu, taklimat Pendaftaran UPSR 2010 dengan menggunakan Aplikasi /Perisian secara manual kepada semua SUP Sekolah / Institusi Pendidikan dalam Daerah Kota Bharu akan diadakan sebagaimana berikut : TARIKH : 27 JAN 2010 (Sekolah-sekolah KB 1) , TARIKH : 28 JAN 2010 (Sekolah-sekolah KB 2) ,MASA : 2.00 ptg TEMPAT : Dewan Utama, PPD K/Bharu. Semua SUP Sekolah / Institusi Pendidikan Daerah K/Bharu DIWAJIBKAN HADIR.Tkasih
Berita Dari Unit Peperiksaan

TAKLIMAT PENDAFTARAN UPSR 2010
13 Januari 2010 : Taklimat Pendaftaran UPSR 2010 kepada semua SUP Sekolah / Institusi Pendidikan dalam Daerah Kota Bharu sebagaimana berikut : TARIKH : 27 JAN 2010 (Sekolah-sekolah KB 1) , TARIKH : 28 JAN 2010 (Sekolah-sekolah KB 2) ,MASA : 2.00 ptg TEMPAT : Dewan Utama, PPD K/Bharu.
Berita Dari Unit Peperiksaan

TAKLIMAT PENDAFTARAN PMR 2010
13 Januari 2010 : Taklimat Pendaftaran PMR 2010 kepada semua SUP Sekolah / Institusi Pendidikan dalam Daerah Kota Bharu sebagaimana berikut : TARIKH : 26 JAN 2010 MASA : 2.00 ptg TEMPAT : Dewan Utama, PPD K/Bharu.
Berita Dari Unit Peperiksaan

KURSUS LITERASI TAHUN 1
13 Januari 2010 : Kursus Literasi kepada guru-guru Bahasa Melayu Tahun 1 PPD Kota Bharu peringkat negeri Kelantan akan diadakan pada 17 - 19 Jan 2010 bertempat di Permai Inn, Kuala Terengganu Terengganu.
Berita Dari Unit Kurikulum

KURSUS NUMERASI TAHUN 1
13 Januari 2010 : Kursus Numerasi kepada guru-guru Matematik Tahun 1 PPD Kota Bharu peringkat negeri Kelantan akan diadakan pada 19 - 21 Jan 2010 bertempat di Permai Inn, Kuala Terengganu, Terengganu.
Berita Dari Unit Kurikulum

MESYUARAT JU NUMERASI TAHUN 1
13 Januari 2010 : Mesyuarat Penyelarasan Kursus Numerasi akan diadakan pada 14 Jan 2010 (Khamis) jam 2.30 ptg, bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 3, PPD Kota Bharu.
Berita Dari Unit Kurikulum

TAKLIMAT PENDAFTARAN PEP STPM / MUET 2010
01 Januari 2010 : Taklimat Pendaftaran / Perisisan STPM dan MUET 2010 kepada semua SUP Sekolah / Institusi Pendidikan dalam Daerah Kota Bharu (SUP STPM/MUET) sebagaimana berikut : TARIKH : 10 JAN 2010 MASA : 2.30 ptg TEMPAT : Bilik Mesyuarat Aras 2, PPD K/Bharu
Berita Dari PPD Kota Bharu

 
© Hakcipta Terpelihara 2005 - Dimurnikan Pada 24 Februari -2010 - Unit Pengurusan Maklumat (ICT) Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu
Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu, Jalan Telipot, 15150 Kota Bharu, Kelantan :: Telefon : 09-7418120
Komen/Cadangan Mengenai Laman Web, Emelkan Kepada :: webmaster@ppdkb.com
Muka Web Ini Diproses / Dijana Selama : 0.156 Saat